Saturday, May 12, 2012

Jenis Kain dan Bahan Membatik


Jenis Kain: tidak terhad kepada kain kapas sahaja antara kain lain adalah

Jenis Kain
Campuran
Sutera
Ulat sutera dan gentian lembut untuk menghasilkan kain yang berkilau
Cotton
Gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, pokok renek yang terdapat di kawasan tropika dan sub-tropika.

Bahan Membatik pula terdapat lima benda iaitu:
1)      Kain putih
-          Diimport dari China(sutera)
-          Dari Indonesia (cotton)
2)      Lilin
-          Lilin yang diperbuat daripada campuran resin(damar) dan parafin(lilin putih)
-          Lemak haiwan atau minyak masak dicampurkan untuk membolehkan aliran lilin lancer dan tidak tersekat atau pecah
3)      Pewarna atau Reactive Dye
-          Hanya dicampurkan dengan air
-          Diimport dari Jerman dan dipanggil Ramazol
4)      Sodium Silicate atau Batik Fixer
-          Untuk mematikan atau mengekalkan warna pada kain yang telah decanting
5)      Soda Ash
-          Menanggalkan lilin yang telah digunakan dalam proses mencanting
-          Bertindak seperti sabun

Perbezaan Batik Malaysia dan Indonesia


Ciri-ciri
Batik Malaysia
Batik Indonesia
Sejarah
Hanya bermula sekitar tahun 1911 di Kelantan dan kini tertumpu lebih kepada Pantai Timur sahaja
Bermua sejak kurun ke-12
Motif dan Corak
Motif flora, geometri, dan abstrak banyak digunakan serta pengisiannya sedikit kurang
Sangat luas dalam penggunaan setiap jenis motif dan pengisiannya sangat poplar
Peralatan dan Bahan
-Corong yang mempunyai daun mata sahaja
-Pemidang untuk mencanting
-Corong atau canting pelbagai mata
-Proses batik secara duduk dengan meletakkan kain diatas telapak tangan
Fungsi
Kegunaan pakaian dan hiasan
Adat istiadat perkahwinan
Warna
Warna import
Pewarna asli banyak digunakan selain pewarna kimia


Jenis-Jenis Batik



a)      Batik Tulis/Lukis
-          Mempunyai keistimewaan tersendiri dimana setiap corak batik hanya dihasilkan sekali sahaja dan mempunyai kelainan dengan corak walaupun pelukisnya adalah sama. Dapat dikatakan yang pemakai batik jenis tulis/lukis cuma satu dalam beribu.
-          Penggunaan canting amat diperlukan, kehalusan garisan lilin tertakluk kepada saiz mata canting dan kepakaran atau daya kretiviti pelukis itu sendiri. Lakaran corak berdasarkan, kretiviti dan arahan ketua. Motif mengikut perkembangan semasa dan juga kombinasi warna.
-          Alatan yang diperlukan ialah canting, kain putih mengikut saiz tertentu, pemidang, dapur, periuk/kuali/kawah, besen, penyidal, berus dan bekas plastik.

b)      Batik Terap atau Blok
-          Berbeza dengan dengan batik tulis/lukis kerana coraknya adalah sama. Penghasilannya dibuat berulang kali diatas kain putih. Ini disebabkan corak yang diterapkan atas kain berasaskan blok kayu ataupun tembaga yang telah diukir motifnya. Tumpuan penghasilan jenis batik ini adalah tertumpu kepada kain sarung ataupun untuk kain seragam.
-          Alatan yang digunakan bagi menghasilkan batik terap atau blok ini ialah sarang atau blok bunga(boleh dihasilkan melalui pateri mengikut rekaan corak), meja pengecop(dilapik dengan span yang basah bagi mengelakkan lilin panas menyerap pada perukaan kain) dan kuali leper.

c)      Batik Skrin
-          Dibawa dari Negara Thailand dan dipraktikkan di negeri Kelantan bermula pada awal kurun ke-20. Perusahaan ini giat berkembang kerana hasil batik skrin mempunyai pasaran yang amat luas dan teknik pembuatan yang lebih ringkas dimana teknik penghasilannya lebih kurang sama dengan kaedah percetakan sutera saring(masih seperti kain kasa).
-          Alatan yang digunakan dalam menghasilkan batik skrin ini adalah, skrin/pemidang steel, kain sutera saring, sekuji(daripada bahan kayu getah untuk menyapu warna dengan rata pada permukaan kain sutera saring), meja pengecap, kelongsong funnel(mengisi bahan lakar lilin dan melukis corak pada permukaan kain) dan bahan pewarna jenis ‘reactive’ dan ‘pigment dye’.

d)      Batik Pelangi (ikat dan celup)
-          Salah satu batik yang dihasilkan tanpa menggunakan lilin dan diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Kain tersebut digunakan sebagai tudung dan selempang serta dijadikan pelengkap atau aksesori pakaian terutamanya dayang istana. 

Motif Batik


Di Malaysia, terdapat empat jenis motif yang selalunya digunakan oleh para artis dalam menghasilkan corak-corak batik. Ianya adalah Motif Flora, Motif Fauna, Motif Geometri dan Motif Abstrak. Motif Flora, ianya di-inspirasikan dari tumbuh-tumbuhan seperti pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka dan lain-lain. Bunga, pucuk, kudup dan ranting diolah serta dipelbagaikan dalam corak dan bentuk yang menarik. Sekarang, motif flora yang digunakan adalah seperti orkid, bunga raya dan bunga ros. Semua motif ini berubah mengikut peredaran masa. Motif Fauna, adalah bersumberkan haiwan laut, darat dan udara. Tetapi, motif fauna ini jarang digunakan oleh artis di-Malaysia bagi mencorakkan batik. Antara haiwan yang digunakan ialah ikan, ayam dan kerang yang terhad kepada kain kurung sahaja. Sebaliknya di Indonesia, mereka lebih banyak menggunakan motif fauna. Motif Geometri, diubah dalam pelbagai variasi seperti pengulangan motif. Antara motif gerometri ialah manipulasi bentuk bulat, segi tiga dan lain-lain. Antara corak yang bermotifkan benda adalah seperti jaring ikan,  wau, watak wayang kulit dan sebagainya. Yang terakhir sekali adalah Motif Abstrak. Ianya mengikut kreativiti dan imaginasi pelukis itu sendiri walaupun kadang kala ianya amat sukar untuk ditafsirkan. Ini tergolong dalam seni yang amat unik. Corak-corak abstrak kini mula menjadi antara corak yang digemari kerana bentuk dan motifnya berbeza mengikut setiap orang.

Perkembangan Batik


Bermula pada kurun ke-15 ianya brmula di Malaysia dan batik telah dibawa masuk secara langsung dari Kepulauan Indonesia.
Pada tahun 1911(kurun ke-20) kain batik telah mula dicipta di Malaysia pada tahun tersebut oleh Haji Che Su Bin Ishak yang berasal dari Kelantan. Kain ciptaan beliau dinamakan kain pelangi yang dihasilkan melalui teknik ikat dan celup.
Kain Perier adalah kain sutera tiruan yang digunakan. Kain Prepair di import dari Siam. Kebiasaannya kedua-dua jenis kain ini dibuat untuk selendang.
Tahun 1922 berlakunya perubahan dari segi teknik batik iaitu dengan menggunakan Blok Kayu ataupun Batik Cop atau Terap. Ianya adalah ukiran yang dilakukan di atas kayu untuk mempelbagaikan corak batik yang tersedia ada.
1926, semua warna batik yang digunakan dibawa masuk dari Jerman pada waktu itu. Dengan ini, bermulalah titik perubahan dalam aspek pengeluaran batik.
Tahun 1933, cara penghasilan batik melalui teknik Stensil iaitu Printing telah mula diperkenalkan. Cara ini dibawa masuk dari Thailand dan mula tersebar di Kepulauan Melayu dan Indonesia.
Blok Tembaga mula diperkenalkan bagi menggantikan Blok Kayu yang terdahulunya. Dibuat dari Indonesia.
Pada tahun 1970an, penggunaan Canting pada Batik diperkenalkan oleh Angkatan Pelukis Muda(APM).
Pewarna semulajadi diperbuat dari bahan-bahan asli yang ada dimuka bumi. Contohnya, buah kayu arang dan kulit kayu manis (warna Hitam) dan bunga-bungaan (warna biru dan kuning). Cuma terdapat satu masalah berkenaan dengan warna semulajadi ini, ianya mudah luntur.

Sejarah Batik

Batik ialah sejenis kraf Tradisional yang amat unik dan amat terkenal di Asia atau di Gugusan Tanah Melayu. Perkataan batik itu sendirinya datang daripada Jawa iaitu ambar ‘garisan’ dan nitik ‘titik-titik halus’. Setelah digabungkan, terhasilnya perkataan Batik. Ia mempamirkan kreativiti dan juga kehalusan seni batik yang amat tinggi. Sejarah terciptanya batik di Malaysia bermula pada kurun ke-15 dimana ianya dibawa secara langsung dari Kepulauan Indonesia. Jika bercakap mengenai batik, Jawa merupakan ‘tempat batik yang sebenarnya’. Di Indonesia batik telah mula terkenal sejak abad ke-12. Malahan sebelum Perang Dunia Kedua, Jawa merupakan kawasan di Kepulauan Melayu yang memonopoli perdagangan batik dengan dunia luar. Sejak dari itu, batik telah tersebar luas dari segi penggunaan dan pencitaannya sendiri. Batik Melayu di Kelantan dan Terengganu menerima pengaruh secara langsung dari sana. Malah dapat ditegaskan yang teknik mencelup itu dikatakan telah diperkenalkan oleh orang Mesir Purba dan Perui tetapi penggunnan lilin dan canting adalah milik alam Melayu. Orang di Kelantan menggunakan teknik mengecap batik iaitu menggunakan bahan warna asli sebelum datangnya batik yang menggunakan lilin. Di Terengganu proses membuat batik menggunakan lilin bermula pada tahun 1913 dan di Kelantan tempat asal batik bermula di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu. Perusahaan batik lilin secara kecilan dan menggunakan perusahaan terawal di Kelantan dipelopori oleh almarhum Haji Che Su pada 1921. Beliau dibantu oleh anak-anaknya sebagai tukang mengecap dan mencelup. Tahun 1934, beliau telah membawa seorang tokoh batik dari Jawa ke Kota Baharu dengan tujuan untuk mengajar dengan lebih terperinci lagi. Batik semakin maju pada tahun 1959 dimana tukang-tukang batik bukan sahaja terdiri daripada ahli keluarga tetapi orang luar boleh bekerja di perusahaan sebagai tukang cap, tukang membuat blok atau tukang mencelup kain. Oleh kerana proses membuat batik harus melalui pelbagai peringkat tertentu yang tetap, hanya tiga perusahaan sahaja yang dilabel sebagai perusahaan “Batik Semasa” dan PKMM(kedua-duanya bertempat di Jalan Kuala Kerai) Kota Baharu, Kelantan dan PKMM Terengganu.

Perkembangan Songket


Songket mengikut sejarahnya mula terkenal di Malaysia pada awal abad ke-15 dan berkembang dengan pesat di negeri-negeri pantai timur terutamanya di negeri Terengganu dan Kelantan. Pada zaman dulu sering mengaitkan songket sebagai salah satu pilihan  pakaian diraja yang tidak dijadikan pakaian oleh orang-orang kebanyakan . Di Terengganu, songket diusahakan secara individu dan ada juga secara berkelompok. Songket Terengganu dikatakan mempunyai kualiti dan identitinya  tersendiri yang membezakannya dengan songket buatan negeri-negeri lain terutamanya dari segi teknik tenunan dan juga dari aspek proses pembuatannya. 

Teknik dan Alatan


Antara bahan utama yang penting digunakan dalam penghasilan songket tenun Terengganu adalah seperti benang dan pewarna sama ada daripada tumbuh-tumbuhan ataupun pewarna moden,manakala  alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.

Corak Songket


Lazimnya terdiri daripada, susunan bunga penuh, susunan bunga berterabur dan susunan bercorak. Walau bagaimanapun motif bunga-bungaan yang ada pada kain songket  pada hari ini adalah motif yang dianggap sebagai lebih moden berbanding dengan motif bunga-bungaan  pada zaman dahulu. Sebagai contohnya motif bunga raya, bunga ros, tumbuh-tumbuhan seperti paku-pakis, rempah-ratus, motif pua kumbu dari negeri Sarawak, motif tulisan,motif logo syarikat dan sebagainya. 

Motif Songket


Diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket adalah tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam/benda dan kuih. Pakar-pakar penenun ini sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang sangat kuat di samping pemerhatian yang tajam. Kebanyakkan nama yang diberi pada motif songket yang pelbagai ini datangnya dari jenis-jenis pokok dan sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu  yang mana dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan raja-raja terdahulunya seperti ‘seri kaya’, ‘wajik’ dan ‘tepung talam’. Kadang-kadang motif yang dirujuk adalah sama sahaja tetapi mempunyai nama yang berbeza. Sebagai contoh ,motif ‘bunga bintang’ di  negeri Kelantan  sebenarnya merujuk kepada motif  ‘tapak sulaiman’ di negeri Sarawak. 

Sejarah Songket



Songket adalah merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Perkataan songket itu datangnya daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Songket dalam erti kata lain bermaksud benang pakan tambahan yang disulam tenun ke dalam kain tenunan biasa bagi menimbulkan pelbagai corak dan motif yang diingini oleh penenun bagi menghasilkan satu karya indah berasaskan kepada kemahiran penenun itu sendiri Terhasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ianya mula terkenal di Malaysia sejak abad ke-15 lagi. Pada masa itu, kain songket dijadikan pakaian seharian raja  atau pakaian pengantin rakyat. Penghasilan songket pada waktu itu dilakukan  sebagai industry kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa yang lama hingga enam mingu bagi menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya diantara 20 hinggga 40 meter. Seorang penenun harusla tidak melakarkan corak songket diatas kertas tetapi sebaliknya ia tercetus dari daya imaginasi dan kretiviti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.