Saturday, May 12, 2012

Jenis Kain dan Bahan Membatik


Jenis Kain: tidak terhad kepada kain kapas sahaja antara kain lain adalah

Jenis Kain
Campuran
Sutera
Ulat sutera dan gentian lembut untuk menghasilkan kain yang berkilau
Cotton
Gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, pokok renek yang terdapat di kawasan tropika dan sub-tropika.

Bahan Membatik pula terdapat lima benda iaitu:
1)      Kain putih
-          Diimport dari China(sutera)
-          Dari Indonesia (cotton)
2)      Lilin
-          Lilin yang diperbuat daripada campuran resin(damar) dan parafin(lilin putih)
-          Lemak haiwan atau minyak masak dicampurkan untuk membolehkan aliran lilin lancer dan tidak tersekat atau pecah
3)      Pewarna atau Reactive Dye
-          Hanya dicampurkan dengan air
-          Diimport dari Jerman dan dipanggil Ramazol
4)      Sodium Silicate atau Batik Fixer
-          Untuk mematikan atau mengekalkan warna pada kain yang telah decanting
5)      Soda Ash
-          Menanggalkan lilin yang telah digunakan dalam proses mencanting
-          Bertindak seperti sabun

Perbezaan Batik Malaysia dan Indonesia


Ciri-ciri
Batik Malaysia
Batik Indonesia
Sejarah
Hanya bermula sekitar tahun 1911 di Kelantan dan kini tertumpu lebih kepada Pantai Timur sahaja
Bermua sejak kurun ke-12
Motif dan Corak
Motif flora, geometri, dan abstrak banyak digunakan serta pengisiannya sedikit kurang
Sangat luas dalam penggunaan setiap jenis motif dan pengisiannya sangat poplar
Peralatan dan Bahan
-Corong yang mempunyai daun mata sahaja
-Pemidang untuk mencanting
-Corong atau canting pelbagai mata
-Proses batik secara duduk dengan meletakkan kain diatas telapak tangan
Fungsi
Kegunaan pakaian dan hiasan
Adat istiadat perkahwinan
Warna
Warna import
Pewarna asli banyak digunakan selain pewarna kimia


Jenis-Jenis Batik



a)      Batik Tulis/Lukis
-          Mempunyai keistimewaan tersendiri dimana setiap corak batik hanya dihasilkan sekali sahaja dan mempunyai kelainan dengan corak walaupun pelukisnya adalah sama. Dapat dikatakan yang pemakai batik jenis tulis/lukis cuma satu dalam beribu.
-          Penggunaan canting amat diperlukan, kehalusan garisan lilin tertakluk kepada saiz mata canting dan kepakaran atau daya kretiviti pelukis itu sendiri. Lakaran corak berdasarkan, kretiviti dan arahan ketua. Motif mengikut perkembangan semasa dan juga kombinasi warna.
-          Alatan yang diperlukan ialah canting, kain putih mengikut saiz tertentu, pemidang, dapur, periuk/kuali/kawah, besen, penyidal, berus dan bekas plastik.

b)      Batik Terap atau Blok
-          Berbeza dengan dengan batik tulis/lukis kerana coraknya adalah sama. Penghasilannya dibuat berulang kali diatas kain putih. Ini disebabkan corak yang diterapkan atas kain berasaskan blok kayu ataupun tembaga yang telah diukir motifnya. Tumpuan penghasilan jenis batik ini adalah tertumpu kepada kain sarung ataupun untuk kain seragam.
-          Alatan yang digunakan bagi menghasilkan batik terap atau blok ini ialah sarang atau blok bunga(boleh dihasilkan melalui pateri mengikut rekaan corak), meja pengecop(dilapik dengan span yang basah bagi mengelakkan lilin panas menyerap pada perukaan kain) dan kuali leper.

c)      Batik Skrin
-          Dibawa dari Negara Thailand dan dipraktikkan di negeri Kelantan bermula pada awal kurun ke-20. Perusahaan ini giat berkembang kerana hasil batik skrin mempunyai pasaran yang amat luas dan teknik pembuatan yang lebih ringkas dimana teknik penghasilannya lebih kurang sama dengan kaedah percetakan sutera saring(masih seperti kain kasa).
-          Alatan yang digunakan dalam menghasilkan batik skrin ini adalah, skrin/pemidang steel, kain sutera saring, sekuji(daripada bahan kayu getah untuk menyapu warna dengan rata pada permukaan kain sutera saring), meja pengecap, kelongsong funnel(mengisi bahan lakar lilin dan melukis corak pada permukaan kain) dan bahan pewarna jenis ‘reactive’ dan ‘pigment dye’.

d)      Batik Pelangi (ikat dan celup)
-          Salah satu batik yang dihasilkan tanpa menggunakan lilin dan diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Kain tersebut digunakan sebagai tudung dan selempang serta dijadikan pelengkap atau aksesori pakaian terutamanya dayang istana. 

Motif Batik


Di Malaysia, terdapat empat jenis motif yang selalunya digunakan oleh para artis dalam menghasilkan corak-corak batik. Ianya adalah Motif Flora, Motif Fauna, Motif Geometri dan Motif Abstrak. Motif Flora, ianya di-inspirasikan dari tumbuh-tumbuhan seperti pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka dan lain-lain. Bunga, pucuk, kudup dan ranting diolah serta dipelbagaikan dalam corak dan bentuk yang menarik. Sekarang, motif flora yang digunakan adalah seperti orkid, bunga raya dan bunga ros. Semua motif ini berubah mengikut peredaran masa. Motif Fauna, adalah bersumberkan haiwan laut, darat dan udara. Tetapi, motif fauna ini jarang digunakan oleh artis di-Malaysia bagi mencorakkan batik. Antara haiwan yang digunakan ialah ikan, ayam dan kerang yang terhad kepada kain kurung sahaja. Sebaliknya di Indonesia, mereka lebih banyak menggunakan motif fauna. Motif Geometri, diubah dalam pelbagai variasi seperti pengulangan motif. Antara motif gerometri ialah manipulasi bentuk bulat, segi tiga dan lain-lain. Antara corak yang bermotifkan benda adalah seperti jaring ikan,  wau, watak wayang kulit dan sebagainya. Yang terakhir sekali adalah Motif Abstrak. Ianya mengikut kreativiti dan imaginasi pelukis itu sendiri walaupun kadang kala ianya amat sukar untuk ditafsirkan. Ini tergolong dalam seni yang amat unik. Corak-corak abstrak kini mula menjadi antara corak yang digemari kerana bentuk dan motifnya berbeza mengikut setiap orang.