Saturday, May 12, 2012

Sejarah Songket



Songket adalah merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Perkataan songket itu datangnya daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Songket dalam erti kata lain bermaksud benang pakan tambahan yang disulam tenun ke dalam kain tenunan biasa bagi menimbulkan pelbagai corak dan motif yang diingini oleh penenun bagi menghasilkan satu karya indah berasaskan kepada kemahiran penenun itu sendiri Terhasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ianya mula terkenal di Malaysia sejak abad ke-15 lagi. Pada masa itu, kain songket dijadikan pakaian seharian raja  atau pakaian pengantin rakyat. Penghasilan songket pada waktu itu dilakukan  sebagai industry kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa yang lama hingga enam mingu bagi menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya diantara 20 hinggga 40 meter. Seorang penenun harusla tidak melakarkan corak songket diatas kertas tetapi sebaliknya ia tercetus dari daya imaginasi dan kretiviti dan imaginasi yang tinggi lagi unik. 

No comments:

Post a Comment