Saturday, May 12, 2012

Sejarah Batik

Batik ialah sejenis kraf Tradisional yang amat unik dan amat terkenal di Asia atau di Gugusan Tanah Melayu. Perkataan batik itu sendirinya datang daripada Jawa iaitu ambar ‘garisan’ dan nitik ‘titik-titik halus’. Setelah digabungkan, terhasilnya perkataan Batik. Ia mempamirkan kreativiti dan juga kehalusan seni batik yang amat tinggi. Sejarah terciptanya batik di Malaysia bermula pada kurun ke-15 dimana ianya dibawa secara langsung dari Kepulauan Indonesia. Jika bercakap mengenai batik, Jawa merupakan ‘tempat batik yang sebenarnya’. Di Indonesia batik telah mula terkenal sejak abad ke-12. Malahan sebelum Perang Dunia Kedua, Jawa merupakan kawasan di Kepulauan Melayu yang memonopoli perdagangan batik dengan dunia luar. Sejak dari itu, batik telah tersebar luas dari segi penggunaan dan pencitaannya sendiri. Batik Melayu di Kelantan dan Terengganu menerima pengaruh secara langsung dari sana. Malah dapat ditegaskan yang teknik mencelup itu dikatakan telah diperkenalkan oleh orang Mesir Purba dan Perui tetapi penggunnan lilin dan canting adalah milik alam Melayu. Orang di Kelantan menggunakan teknik mengecap batik iaitu menggunakan bahan warna asli sebelum datangnya batik yang menggunakan lilin. Di Terengganu proses membuat batik menggunakan lilin bermula pada tahun 1913 dan di Kelantan tempat asal batik bermula di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu. Perusahaan batik lilin secara kecilan dan menggunakan perusahaan terawal di Kelantan dipelopori oleh almarhum Haji Che Su pada 1921. Beliau dibantu oleh anak-anaknya sebagai tukang mengecap dan mencelup. Tahun 1934, beliau telah membawa seorang tokoh batik dari Jawa ke Kota Baharu dengan tujuan untuk mengajar dengan lebih terperinci lagi. Batik semakin maju pada tahun 1959 dimana tukang-tukang batik bukan sahaja terdiri daripada ahli keluarga tetapi orang luar boleh bekerja di perusahaan sebagai tukang cap, tukang membuat blok atau tukang mencelup kain. Oleh kerana proses membuat batik harus melalui pelbagai peringkat tertentu yang tetap, hanya tiga perusahaan sahaja yang dilabel sebagai perusahaan “Batik Semasa” dan PKMM(kedua-duanya bertempat di Jalan Kuala Kerai) Kota Baharu, Kelantan dan PKMM Terengganu.

No comments:

Post a Comment