Saturday, May 12, 2012

Motif Batik


Di Malaysia, terdapat empat jenis motif yang selalunya digunakan oleh para artis dalam menghasilkan corak-corak batik. Ianya adalah Motif Flora, Motif Fauna, Motif Geometri dan Motif Abstrak. Motif Flora, ianya di-inspirasikan dari tumbuh-tumbuhan seperti pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka dan lain-lain. Bunga, pucuk, kudup dan ranting diolah serta dipelbagaikan dalam corak dan bentuk yang menarik. Sekarang, motif flora yang digunakan adalah seperti orkid, bunga raya dan bunga ros. Semua motif ini berubah mengikut peredaran masa. Motif Fauna, adalah bersumberkan haiwan laut, darat dan udara. Tetapi, motif fauna ini jarang digunakan oleh artis di-Malaysia bagi mencorakkan batik. Antara haiwan yang digunakan ialah ikan, ayam dan kerang yang terhad kepada kain kurung sahaja. Sebaliknya di Indonesia, mereka lebih banyak menggunakan motif fauna. Motif Geometri, diubah dalam pelbagai variasi seperti pengulangan motif. Antara motif gerometri ialah manipulasi bentuk bulat, segi tiga dan lain-lain. Antara corak yang bermotifkan benda adalah seperti jaring ikan,  wau, watak wayang kulit dan sebagainya. Yang terakhir sekali adalah Motif Abstrak. Ianya mengikut kreativiti dan imaginasi pelukis itu sendiri walaupun kadang kala ianya amat sukar untuk ditafsirkan. Ini tergolong dalam seni yang amat unik. Corak-corak abstrak kini mula menjadi antara corak yang digemari kerana bentuk dan motifnya berbeza mengikut setiap orang.

No comments:

Post a Comment