Saturday, May 12, 2012

Jenis-Jenis Batik



a)      Batik Tulis/Lukis
-          Mempunyai keistimewaan tersendiri dimana setiap corak batik hanya dihasilkan sekali sahaja dan mempunyai kelainan dengan corak walaupun pelukisnya adalah sama. Dapat dikatakan yang pemakai batik jenis tulis/lukis cuma satu dalam beribu.
-          Penggunaan canting amat diperlukan, kehalusan garisan lilin tertakluk kepada saiz mata canting dan kepakaran atau daya kretiviti pelukis itu sendiri. Lakaran corak berdasarkan, kretiviti dan arahan ketua. Motif mengikut perkembangan semasa dan juga kombinasi warna.
-          Alatan yang diperlukan ialah canting, kain putih mengikut saiz tertentu, pemidang, dapur, periuk/kuali/kawah, besen, penyidal, berus dan bekas plastik.

b)      Batik Terap atau Blok
-          Berbeza dengan dengan batik tulis/lukis kerana coraknya adalah sama. Penghasilannya dibuat berulang kali diatas kain putih. Ini disebabkan corak yang diterapkan atas kain berasaskan blok kayu ataupun tembaga yang telah diukir motifnya. Tumpuan penghasilan jenis batik ini adalah tertumpu kepada kain sarung ataupun untuk kain seragam.
-          Alatan yang digunakan bagi menghasilkan batik terap atau blok ini ialah sarang atau blok bunga(boleh dihasilkan melalui pateri mengikut rekaan corak), meja pengecop(dilapik dengan span yang basah bagi mengelakkan lilin panas menyerap pada perukaan kain) dan kuali leper.

c)      Batik Skrin
-          Dibawa dari Negara Thailand dan dipraktikkan di negeri Kelantan bermula pada awal kurun ke-20. Perusahaan ini giat berkembang kerana hasil batik skrin mempunyai pasaran yang amat luas dan teknik pembuatan yang lebih ringkas dimana teknik penghasilannya lebih kurang sama dengan kaedah percetakan sutera saring(masih seperti kain kasa).
-          Alatan yang digunakan dalam menghasilkan batik skrin ini adalah, skrin/pemidang steel, kain sutera saring, sekuji(daripada bahan kayu getah untuk menyapu warna dengan rata pada permukaan kain sutera saring), meja pengecap, kelongsong funnel(mengisi bahan lakar lilin dan melukis corak pada permukaan kain) dan bahan pewarna jenis ‘reactive’ dan ‘pigment dye’.

d)      Batik Pelangi (ikat dan celup)
-          Salah satu batik yang dihasilkan tanpa menggunakan lilin dan diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II. Kain tersebut digunakan sebagai tudung dan selempang serta dijadikan pelengkap atau aksesori pakaian terutamanya dayang istana. 

No comments:

Post a Comment